BELAJAR PERKATAAN BAHASA ARAB

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi
Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1.. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka
ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada
Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari
mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam
keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka
menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU
KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Post a Comment

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”


MUTIARA KATA

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

Followers

PENGUNJUNG KAMI

PENAFIAN

© 2010 BLOG J-QAF SK TANJONG PIANDANG, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK TANJONG PIANDANG melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK TANJONG PIANDANG tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP