BELAJAR PERKATAAN BAHASA ARAB

SKTP JOHAN IHTIFAL J-QAF SEMUA ACARA



Alhamdulillah , SK Tanjong Piandang telah berjaya menjadi JOHAN bagi semua acara yang yang dipertandingkan sempena Ihtifal J-Qaf yang baru saja selesai.Ihtifal ini ada diadakan peringkat Zon Kuala Kurau dan ada bagi Zon Kuala Kurau dan Zon parit Buntar.

Acra-acara yang dipertandingkan adalah seperti Kuiz, Hiwar, Zikir dan Doa selepas Wirid dan Kalam jamaie.Bagi acara seperti Kuiz dan Hiwar, dipertandingkan bagi peringkat Zon Kuala Kurau sahaja.Manakala acara Zikir dan doa selepas Solat dan Kalam Jamaie dipertandingkan bagi 2 zon sekali gus iaitu Zon Kuala Kurau dan Zon Parit Buntar.

Alhamdulillah, SKTP telah menjadi JOHAN bagi semua acara yang dipertandingkan itu.Ini semua adalah kerana ketekunan murid-murid yang terlibat berlatih dan tunjuk ajar jurulatih-jurulatih yang berkaliber dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru agama dan guru-guru J-QAF SKTP.Tahniah...SKTP terus melonjak dengan kejayaan ini.

Post a Comment

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”


MUTIARA KATA

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

Followers

PENGUNJUNG KAMI

PENAFIAN

© 2010 BLOG J-QAF SK TANJONG PIANDANG, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK TANJONG PIANDANG melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK TANJONG PIANDANG tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP